HBTHSBMH

23 September 2017

Buat Hannan Sharina Binti Mohamad Husni. 

Selamat hari lahir, sayang.

Moga tahun ini, tahun terakhir buat kamu menyambut hari jadi seorang. Dengan izin Tuhan, tahun depan aku yakin dua orang. Pasti kamu dan aku. 

Doa aku pada Tuhan, jaga kamu elok elok kerana kamu makhluk yang kerdil yang selalu mengharap kasih daripada Rabb-nya. 

Doa aku pada kamu, berdiri kuat merempuh ombak. Aku pasti di belakangmu. Walaupun terkadang aku jauh di belakang tetapi aku tetap ada. Hanya untuk kamu. 

Aku harap kita akan bersama hingga hari tua. Mencipta momen suka dan duka bersama. Amin.

Secebis masa

24 August 2017

Berikan aku sedikit masa. 
Aku mahu yakin.
Aku mahu sempurna.
Aku mahu bahgia hingga firdausi sana.
Aku mahu kamu. 

Berikan aku sedikit masa.
Bukan aku mahu derita. 
Bukan aku mahu air mata.
Bukan aku mahu perpisahan kita.
Aku mahu kamu.

Cuma berikan aku sedikit masa.