mengenali kasih seorang abang

20 February 2011

HARI INI, aku pergi kerja seperti biasa. Sebenar aku bekerja pasal wiring - wiring dan  electric di Jabatan Pertahanan Awam ataupun nama singkatannya JPA di Perlis. Saja menimba pengalaman bekerja dan pengalaman memegang duit sendiri. Orang kata pengalaman itu lebih penting sebenarnya. Orang yang kata, aku tak kata apa apa pon. Bukan senang rupanya bekerja ni. Patut lar ayah aku asyik tension ja bila balik dari kerja. Kini, barulah aku sendiri alami apa yang ayah aku alami selama ini, walaupun aku tidaklah bekerja sekeras ayah aku. 

Tadi, aku driving van kerja sebab nak pergi cari minyak untuk backhoe kot dan mencari masjid untuk aku melepaskan sesuatu. Kat tempat projek JPA, tandas dia tak berapa OK sebab tandas buat sendiri lar katakan. Dalam perjalanan pulang ke tempat projek, aku lar yang driving. Waktu nak pergi, kawan aku yang driving. Sebenarnya aku tak ada lesen pon. Baru ada lesen L. Bila sampai ja kat traffic light, mesti van mati. Sebab tak pandai main clutch lagi. Bila nak tukar gear, tak masuk gear plak. Punya lar bunyi van tu macam nak meletup. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tergelak gelak kami dalam van. 

Sampai ja kat tempat projek, abang aku memanggil aku dengan muka seriusnya. Takut gak lar tapi aku saja buat buat berani. Abang aku tanya, "sebab apa driving van. Satgi langgaq orang tadi" Sebab ada bangla mana ntah lalu kat dpan van. HAHA. Aku dengan selambanya menjawab "sajaaaaa" walaupun aku sebenarnya takut. Petang tadi, aku baru sedar yang abang aku call aku 3 kali waktu aku keluar pagi tu. Tak mungkin abang aku hanya risaukan aku terlanggar mat bangla tu. :)




adik, abang, aku |bingkisan dari Thailand :)|



 adik, adik bongsu, abang |bingkisan dari Thailand :)|

6 comments:

tukang bebel said...

sepesen gilak muka! saiz je beza wahaha

SyedGraphiX said...

waa sy x de abg. sob3.

Raihana Izzati said...

ok fine.
cita psl driving.

jeles?

yes.=_=

http://aniesandyou.blogspot.com said...

best nyer ada abang

Qaseh dalia adelia said...

abg mane xsyg adek hehe

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

uihhhhhhhh muka sama yelahhhhh adik beradik katakan,.... betoiii mana ade abang yang tak sayang adik wehhhh