4 Days Journey In Kuala Lumpur

29 March 2011

Duration : 24 March - 27 March

Lama gila lar tak online facebook dan blog sebab aku baru ja balik dari Selangor. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Dah lar tak pernah pergi Selangor dengan kawan kawan. Selalunya p dengan family. Tapi pengalaman pergi ke Selangor dengan kawan lebih seronok sebab aku agak bebas HAHAHAHA. Aku, Brahim, Amir, Pezol, Taqin, Apek, dengan Kabel naik kereta api nak pergi Selangor, murah sikit.

Malam 24 March - 25 March
Sesampainya kami di KL Sentral pada lebih kurang pukul 7, kami naik komuter pergi Masjid Jamek. Kami cari pintu pagar nak masuk tak jumpa (pengalaman yang tak dapat dilupakan ), padahal pintu masuk kat depan ja pon. Nasib baik ada pak cik tolong bagitao.

Tengah hari tu kami pergi Shah Alam, ingatkan ada something yang seronok, padahal tak ada papa pon. Nasib baik Luqman join kami. Dia ajak kami main bowling. Pastu, dya ajak kami pergi ke Berjaya Time Square, ajak naik roller coaster =.=. Tiga orang ja pon yang naik roller coaster ( Pezol, Luqman, Amir, Brahim ), yang lain semua takut termasuk aku HAHAHA.

Petang tu, kami tuggu Abang Tower (tak tahu nama sebenar, orang panggil Tower sebab dia tinggi sangat) di KL Central. Kami menumpang di apartmen dia untuk dua malam. Malam tu Abang Tower belanja kami makan, banyak gila makanan dya order.

26 March
Keesokan harinya, Brahim, Amir, Pezol, Taqin, Apek,Eddy, Farid dengan Kabel join Futsal Alumni di tempat De Futsal. Farid memang style gilar maen, dengan rambutnya yang lembut sebab pakai syampoo sunsilk colour pink HAHAHA. Aku tak join pon, sebab tujuan aku aku saja nak jalan jalan kat KL. Ada 5 match, 4 kalah, 1 menang. OK lar tuu sebab kami batch termuda, Maximus Generation join Futsal Alumni. Petang, kami swimming di swimming pool di apartment tu. Malam tu, kami pergi ke KL Central untu beli tiket train. Tetiba ja jumpa Eddy. Tak sempat cakap sebab dya kaluttt sangat. Dia nak pergi ke Kedah. Tak tahu lar sebab apa. Mesti ada agenda tersendiri HAHAHA. Pastu kami pergi makan lagi, seperti biasa, Abang Tower belanja. Kami pergi Uptown. Saja shopping shopping, kat situ murah sikit. Malam tu, aku dengan Apek layang movie. Best gilar larh. Yang lain, semua tido, aku dengan Apek ja yang layan movie.

27 March
Kami bangun lewat. Abang Tower ada keja sikit. Jadi, tinggal kami ja kat rumah dia. Makanan dekat dekat dengan apartment tu agak murah. Abang Tower cakap, murah sebab orang yang menjual tu ,orang yang tinggal dekat kampung. Lebih kurang pukul 5, kami semua bertolak ke KL Central sebab dah nak balik rumah masing masing. Aku, Brahim, Amir, dengan Pezol nak balik Kedah. Taqin dengan Apek nak balik Kelantan. Kabel nak balik Perak. Persahabatan serantau yang dijalin di Sekolah Jenan (Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim). Malam tu, kami naik train masing masing. Apek dengan Taqin ambil train lain sebab dyorang mnuju ke arah selatan.


Sekiann..

KL Central

Apartment Abang Tower

De Futsal

Lepas futsal, jalan jalan nak pi cari makanan


Swimming pool di apartment

6 comments:

[cucu Hj Hassan] said...

NAK IKUT !

Kyril said...

xkan ang nak ikot kami naek train kottt
bhayaaaa
muahahahaa :D

frdzhr said...

nama aku missing ni.

sedih betul

ryena asyran said...

hoho cmbest...ngee~

ume said...

cool mobile stuff:Find all mobile stuff including free mobile phone downloads and cool games.Get ringtones,jokes,wallpapers,articles and much more at http://pkmobiles123.blogspot.com

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
”Maaf lama tak ziarah anda”

hamboi kalau 4 hari dah macam macam aktviti ko buat kalau ko duduk sebulan habis ceruk KL ko jelajah yerrr....

best lama aku tak mandi kat kolam renang apartment.... pasal aku tak duduk kat situ.... sambil mandi sambil cuci mata