'Entah'

01 April 2013



   'Entah. Redup raut wajah lelaki separuh umur yang ditelan masa tua. Tapi tak pernah sekali aku ratapi rapi. Entah kenapa kali ini aku terdetik. Aku tenung dalam dalam. Tak lepas. Mungkin sebab aku semakin membesar. Tapi aku lupa yang dia semakin tua. Akan sampai satu hari, dia meninggalkan. Dan aku ditinggalkan. 

   Ratapan terakhir. Air mata seorang insan makhluk Ilahi bergelar lelaki, bergelar aku. Memang tak mudah untuk air mata daripada seorang bergelar anak jantan tumpah. Kontrol macho katanya. Lebih baik dipendam saja air mata. Tapi ini kali terakhir, abah.' - kucup mesra dahi abah.

0 comments: