Sekolah

19 August 2013

Waktu dulu dulu, nak pergi sekolah pon malas.
Tapi itu dulu.

Bila kau dah meningkat dewasa,
Bila kau dah masuk universiti,
Bila kau dah bekerja,
Itulah momen yang kau paling rindu.

Kau rasa macam nak hidupkan kembali 
momen itu,
saat itu,
rasa itu.

Masa itu lah kau nak kenal kawan,
Kenal crush kau,
Hantar surat layang bagai,
Usung beg berat berat,
(Usung beg roda yang paling tak tahan).

Itulah momen paling terindah dalam hidup kau.
Kau tak sedar betapa berharganya momen kenangan di saat itu.
Kau cuma nak habiskan persekolahan dengan cepat.
Andai kau sedar betapa indahnya zaman persekolahan, 
pasti kau ingin ulang-ulang-ulang.

0 comments: